Thursday, January 6, 2011

Anak Buahku....


Alangkah beruntungnya kita yang sihat sedangkan ada insan lain yang sering berulang alik ke hospital menahan kesakitan.. lihatlah si kecil ini yang tidak lagi mengenal erti duniawi tetapi sudah diuji dengan kesakitan yang kita sendiri tidak merasainya.. sekecil ini terpaksa dicucuk...dibuat ini dan itu semata-mata untuk memastikan dia sihat... si kecil yg masih tidak tahu apa itu dosa, pahala, syurga dan neraka sudah diberi ujian sebesar ini... tetapi bagaimana kita yg sering melakukan dosa? masih sihat dan kadang kala tidak menyedari diri yang semakin lupa jalan kebenaran...lupa akan pencipta kita...lupa akan akhirat... cuba kita bayangkan jika kita ditempat si kecil ini.... doakan semoga si kecil ini akan sentiasa sihat...renung2kan...

Saturday, January 1, 2011

SEMAKIN JAUH

Semakin hari semakin jauh...semakin dekat semakin hilang...semakin kasih semakin tidak nampak...semakin sayang tidak mungkin kita akan miliki....jangan terlalu berharap dan jangan pula terlalu yakin..hidup kita masih jauh..mungkin hidup kita juga sudah dekat denganNYa..kita semakin hari semakin alpa...semakin hari semakin lalai..semakin hari semakin leka...kita juga semakin hari semakin lupa..lupa akan dosa-dosa kita...yang semakin hari semakin banyak...KENAPA???? tp sayang seribu sayang malaikat xpernah lupa untuk menulis setiap amalan kita...sejuta kali sayang ALLAH xpernah lupa akan umatNYA....siapa kita dimataNYA??layakkah kita berada dibumiNYA?? adakah cinta kita kpdNYA sehebat cinta DIA kepada kita?? persoalan yang sangat berat bagiku...brapa banyakkah dosaku? dosa kita? dosa keluargaku? dosa kawan-kawanku? dosa-dosa kami umatMU YAALLAH....? YAALLAH tunjukkanlah kami ke jln yang benar...ke jalan yg diredhaimu...kami hamba yang hina...

Dalam mengejar harta dan kenikmatan dunia itu rupa-rupanya kita alpa sebentar...kita tersalah memilih jalan...mengikut perasaan yang tidak tahu mana halanya..jalan terang yang kita pilih pada mulanya adalah jalan mati (neraka)...pada waktu itu tersungkurnya kita tidak bangun kembali...tersungkurnya kita tidak siapa yang tahu melainkan ALLAH...mana perginya semua orang yang kita sayang?? MANA?? semua sudah pergi tiada siapa yang peduli....

Jangan berputus asa wahai sahabat-sahabatku...Kasih sayang ALLAH kpd kita tidak pernah hilang sedikit pun...SEDARLAH sahabat-sahabatku HIDUP kita hanya sekali..mungkin esok mungkin hari ini kita akan BERJUMPA denganNYA...jika sekarang jalan mati (neraka) yang kita pilih bukalah satu PINTU...PINTU yang tersergam indah...penuh dengan kenikmatan dan ketenangan....PINTU yang diberi nama PINTU TAUBAT....

firman ALLAH yg bermaksud:

"dan sesiapa yang berbuat dosa atau berbuat zalim terhadap dirinya sendiri, kemudian memohon ampun kepada ALLAH, nescaya dia akan mendapati ALLAH MAHA PENGAMPUN lagi PENYAYANG" (surah al-Nisa:10)

hasil nukilan:
mutiara iman

Thursday, December 30, 2010

AKU DAN KEKASIHKU

Kali ni aku nak kongsikan tentang KEKASIH aku? (aku taip huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh !!
Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni... tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?
DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat &contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke... spiritual ke... emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi contoh lagi nak suruh aku faham.
Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje.  Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.
Cuma aku je yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dekat DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~
So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.
Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam...  pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya... millionaire... billionaire...dan entah apa-apa naire lagi... tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support... percaya tak?
Free of charge... tapi aku tak sedap hati la... mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la.. .pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja... cheewah!
DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius dan lain-lain...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.
Malu la sebenarnya nak cakap ni...
Emm... aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.
Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, jadi, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!
Ish! Rindu sangat dah ni..

Kekasih.. Aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini..
Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini..
Tidak sama sekali..
Walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia..
Itulah kekasihku.. Allah SWT.. cinta teragungku!

kisah dari i luv islam.....